PAINTBALL

April 16, 2007 at 8:38 am (Uncategorized)

PAINTBALL DI PENGERANG

    

 

                Paintball merupakan yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat
Malaysia. Ia merupakan sukan yang lasak kerana memerlukan tenaga, keberanian, kerjasama dan kemahiran tektikal untuk menjayakan sukan ini. Disamping itu sukan paintball ini juga mampu menerapkan  nilai nilai  murni dalam diri individu yang meyertainya.

              Sukan paintball ini semakin mendapat tempat dihati masyarakat pengerang. Permainan ini mendapat sambutan yang menggalakan kerana ia adalah sejenis sukan yang  baru dan mudah telah diterima oleh masyarakat pengerang. Penerimaan sukan ini dapat dilihat berdasarkan penyertaan pertandingan paitball yang telah dilangsungkan di Kem Telok Air, Teluk Ramunia.

           

                 Pertandingan Paintball telah diadakan bagi menyahut seruan Ahli Parlimen Pengerang berdasarkan gagasan idea Yb Dato Azalina yang mahukan masyarakat pengerang tidak ketinggalan dalam setiap jenis sukan yang ada pada masa kini. Oleh itu satu pertandingan paintball merebut Piala Datuk Azalina telah direalisasikan. Sebanyak 20 termasuk pasukan wanita telah menyertai pertandingan ini. Kebanyakan peserta yang mendaftar terdiri dari  dikalangan warga parlimen pengerang. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Datuk Azalina sendiri di Telok Air.Kejohanan ini telah berlangsung pada 16 April 2007 dan telah berlangsung dengan jayanya.

 

                   Dengan daya usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh Datuk Azalina, beliau telah Berjaya memperkenalkan satu lagi sukan baru di Parlimen pengerang iaitu Sukan Paintball. .Secara tidak langsung sukan ini telah berkembang di kalangan masyarakat pengerang.Ini juga adalah satu pendekatan yang dilakukan oleh beliau untuk mengelakkan gejala sosial,mat rempit dan penyalah gunaan dadah.

 

                   Kesimpulannya.Datuk Azalina telah membawa pelbagai jenis sukan di kawasan pengerang seperti pembinaan litar Motorcross di Keledang,pembinaan tapak permainan X-treme Games di Bandar Penawar,kompleks sukan komuniti di Felda Semenchu.Usaha beliau untuk menjadikan masyarakat pengerang bergiat aktif dalam sukan bagi mencungkil dan melahirkan ahli sukan daripada kawasan Parlimen pengerang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: