WAJARKAH DATO’ AZALINA PERLU KEKAL DI PARLIMEN PENGERANG???????

March 25, 2007 at 9:20 am (pengerang)

                       

Kepemimpinan Dato’ Azalina Dato Othman Said sebagai ahli parlimen wajar dikekalkan. Parlimen Pengerang dibawah  kepimpinannya semakin pesat membangundengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang menguntungkan masyarakat pengerang. Selain kemudahan dan aktiviti yang telah dilakukan masih banyak agenda Dato Azalina yang akan dilakukan pada masa mendatang untuk menambah-baikkan kawasan parlimen pengerang. Adalah amat rugi jika kepimpinanya beliau dihentikan separuh jalan. Pastinya usaha untuk mengantikan Dato Azalina pasti akan membantutkan perangcangan yang telah beliau rancangkan demi kebaikan bersama.          

                                                                                                             Keberkesanan kepimpinan Dato’ Azalina dapat  dilihat hanya dalam masa dua tahun pemerintahanya. Walaupun dalam jangkamasa yang singkat pelbagai prasarana telah dipertingkatkan khusunya untuk kawasan kampung tradisional yang dahagakan kemudahan baru. BAik pulih rumah masyarakat miskin, menurap jalan, peruntukan untuk kepimpinan kampung, kemudahan belia, kemudahan sukan,pertanian semua ini telah dilakukan di bawah kepimpinan beliau dalam masa dua tahun sahaja. Masih banyak lagi sumbangan yang telah beliau lakukan namun jarang sekali dapat dilihat kebaikan beliau dipaparkan di media cetak. Ini kerana perinsip Dato Azalina yang melakukan kerja untuk rakyat tanpa perlu di war- war untuk mendapat publisiti.          

                                                                                                                            Di bawah kepimpinan beliau, banyak prasarana untuk membantu para belia telah diwujudkan. Kewujudan prasarana dan kemudahan sukan di kawasan luar Bandar adalah hasil cetusan minda beliau yang mahukan belia luar Bandar mendapat kemudahan yang sama taraf dengan kemudahan dibandar.Beliau juga mahukan belia di kawasan Pengerang lebih maju dan setanding dengan belia di kawasan Bandar.Oleh sebab itu, beliau telah menubuhkan pusat kegiatan Rakan Muda di Felda Air Tawar 5.Penubuhan pusat tersebut secara tidak langsung menjadikan ia satu pusat pengerak kepada belia untuk menjalankan pelbagai aktivit yang memberikan faedah kepada para belia. Tarian zapin, kompang  diantara seni warisan melayu lama yang sudah lama berada jauh dihati belia. Dengan pengwujudan pusat rakan muda ini , ia menjadi platform kepada belia untuk mendekatkan diri dengan kebudayaan melayu ini.Hal ini kerana Dato’ Azalina mahukan para belia luar Bandar setaraf dengan belia di kawasan Bandar dan tidak melupakan warisan nenek moyang yang semakin jauh di hati.              

                                                                                                               Pendekatan yang diamalkan oleh Dato’ Azalina tertumpu pada aspek mesra rakyat.Beliau sanggup meluangkan masa bersama rakyat untuk menerima pelbagai luahan hati serta masalah-masalah di kawasan parlimen pengerang. Ini menunjukkan Dato’ Azalina berfikiran terbuka sanggup menerima rintihan rakyat. Beliau tidak pernah melupakan rakyat di dalam sesuatu program yang diadakan. contohnya, sambutan ambang kemerdekaan dan program gotong royong cintailah pantai kita.seramai lebih kurang 2ribu penduduk parlimen pengerang di jemput menghadiri program diambang kemerdekaan.Di sini dapat di lihat betapa Dato’ sangat menyayangi dan mengambil berat terhadap rakyat.            

                              Kesimpulannya, Dato’ Azalina seorang pemimpin yang berwibawa dan tidak mudah lupa akan tanggungjawab terhadap rakyat. Sikap beliau boleh dicontohi oleh masyarakat supaya menjadi pemangkin masa akan datang.    

              

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: