PROGRAM IBU BAPA CEMERLANG RUMAHTANGGA GEMILANG ANAK TERBILANG

March 25, 2007 at 1:43 am (program2 pengerang)

            Pada hari Jumaat,02.Mac.2007 bertempat di Kampung Telok Empang,Pengerang, Johor telah berlangsungnya sebuah ceramah yang bertajuk ‘Keluarga Gemilang Anak Terbilang’.Ceramah ini telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Pengerang dan JKKK,UMNO Kg. Telok Empang di bawah program ibu bapa cemerlang rumahtangga gemilang anak terbilang.Ceramah tersebut diadakan di balairaya Kampung Telok Empang.Program ini dihadiri oleh penduduk kampung dan para tetamu jemputan.

           Majlis ini dimulakan pada jam 8.00 malam dengan ketibaan para jemputan.Diikuti dengan bacaan doa oleh Imam Kampung Telok Empang.Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ketua Kampung Telok Empang,En.Abd Wahid Bin Razali.Selepas itu,diikuti dengan ucapan oleh Pegawai Khas kepada YB Menteri Belia dan Sukan,En.Azam Ismail Bakri.

          Setelah tamat ucapan daripada Pegawai Khas kepada YB Menteri Belia dan Sukan,pengerusi majlis telah menjemput penceramah untuk menyampaikan ceramah.Penceramah yang diundang ialah Ustaz Abdullah Bin Ahmad,Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Pejabat Felda Wilayah Johor Bahru, atau lebih dikenali dengan nama gelaran beliau ‘Pak Anjang’.Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi melalui ceramah yang telah disampaikan oleh beliau.Terdapat juga perkara yang boleh dijadikan renung-renungan dan pengajaran dalam kehidupan seharian kita.Beliau juga ada mengatakan ‘sebelum mahukan anak cemerlang,ibu bapa mestilah cemerlang terlebih dahulu’.Ceramah tamat pada pukul 11.15 malam.

          Selesainya ceramah,pihak penganjur telah menyampaikan cenderamata kepada penceramah sebagai tanda penghargaan dan tanda ucapan terima kasih. Kemudian,pihak penganjur juga telah menyampaikan cenderahati berupa hamper kepada penduduk paling awal tiba,keluarga paling ramai hadir dan warga emas paling tua yang hadir.Seterusnya,penduduk kampung dan para tetamu jemputan yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan sebelum bersurai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: